JANGAN MENCARI TERLALU SEMPURNA (DR.FADILAH KAMSAH)
BUAT
PEDOMAN BERSAMA.
Jika kamu memancing
ikan.... Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan
itu.... Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja....
Karena ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia
akan MENDERITA selagi ia masih hidup.
Begitulah juga .........
Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang... Setelah ia
mulai MENYAYANGIMU hendaklah kamu MENJAGA hatinya.... Janganlah sesekali kamu
meninggalkannya begitu saja.... Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu
dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatimu....
Jika kamu menadah air
biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah
menganggap ia begitu teguh.... cukuplah sekadar keperluanmu.... Apabila sekali
ia retak.... tentu sukar untuk kamu menampalnya semula.... Akhirnya ia
dibuang.... Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih
dapat dipergunakan lagi....
Begitu juga jika
kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya.... Janganlah kamu terlalu
mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa.... Anggaplah dia
manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bukan mudah bagi kamu
untuk menerimanya.... akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya. Sedangkan
jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke
akhirnya....
Jika kamu telah
memiliki sepinggan nasi... yang kamu pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan.
Berkhasiat. Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain.. Terlalu
ingin mengejar kelazatan. Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh
memakannya. Kamu akan menyesal.
Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan.....
yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu. MENYAYANGIMU... MENGASIHIMU...
Mengapa kamu berlengah, cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain. Terlalu
mengejar kesempurnaan. Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik
orang lain Kamu juga yang akan MENYESAL...
renung2kan n selamat beramal……hehehe…. ^^
No comments:
Post a Comment