SEKADAR PERINGATAN
UNTUK SEMUA
Amir bin Said daripada bapanya
berkata bahawa :
"Suatu hari Rasulullah S.A.W telah datang dari daerah
berbukit. Apabila Rasulullah S.A.W sampai di masjid Bani Mu'awiyah lalu Baginda
masuk ke dalam masjid dan menunaikan solat dua rakaat. Maka kami pun turut
solat bersama dengan Rasulullah S.A.W. Kemudian Rasulullah S.A.W berdoa dengan
doa yang agak panjang kepada Allah S.W.T. Setelah selesai beliau berdoa maka
Rasulullah S.A.W pun berpaling kepada kami lalu bersabda yang bermaksud :
"Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T tiga perkara, dalam
tiga perkara itu Allah S.W.T hanya memperkenankan dua perkara sahaja dan satu
lagi ditolak.
1. Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T supaya ia tidak
membinasakan umatku dengan musim susah yang berpanjangan.
Permohonanku ini diperkenankan oleh Allah S.W.T.
2. Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T supaya umatku ini jangan
dibinasakan dengan bencana tenggelam (seperti banjir besar yang telah melanda
umat Nabi Nuh s.a).
Permohonanku ini telah diperkenankan oleh Allah S.W.T.
3. Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T supaya umatku tidak
dibinasakan kerana pergaduhan sesama mereka (peperangan, pergaduhan antara
sesama Islam).
Tetapi permohonanku telah tidak diperkenankan (telah ditolak);
Kesimpulannya:
Saudaraku,
Apa yang kita lihat pada hari ini ialah pergaduhan semasa negara Islam
sendiri, hari ini orang Islam bergaduh sesama sendiri, orang kafir bertepuk
tangan dari belakang.
Apakah ini yang ingin kita lihat? Apakah tindakan kita? Tidakkah
kita ingin Islam kembali gemilang seperti dahulu? Bangkitlah wahai saudaraku,
tegakkan Islam kembali megah, itu amanahmu! Yakinlah dengan janji Allah S.W.T.
Wallahualam...
No comments:
Post a Comment